Wednesday, March 10, 2010

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua penduduk Malaysia. Peserta diminta menyumbang RM 35 satu Joran
untuk tabung Unit Amal.
2. Terhad hanya dua joran sahaja, joran kedua diminta sumbangan RM 20 sahaja.
3. Pemenang dikira dengan memperolehi ikan terberat (Seekor).
4. Pendaftaran terbuka sehingga hari pertandingan iaitu 7.30 pagi - 8.30 pagi
5. Kail mata 3 dan koyang tidak dibenarkan
6. Memancing adalah terhad tempat yang dibenarkan oleh urusetia sahaja.
7. Ikan yang di perolehi mesti dibawa ke meja hakim beserta dengan mata kail yang masih
belum di tanggalkan dari mulut ikan.
8. Pertandingan bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tgh. hari ( 3 jam 30 minit) sahaja.
9. Sekiranya pemancing mempunyai berat ikan yang sama untuk diadili sebagai pemenang,
pemenang akan dikira siapa yang memperolehi iakan terlebih dahulu.
10.Pemenang dibenarkan membuat bantahan sekiranya ada sebarang perlanggaran peraturan
dari mana-mana peserta. Bantahan yang dikemukan selepas pertandingan tamat mesti
disertakan RM 100.00.
11. Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari
pertandingan.
12. Pihak penganjur tidak bertangjawab kepada keselamatan peserta semasa dan selepas
pertandingan.
13. Pihak penganjur boleh meminta masa dan tarikh pertandingan sekiranya berlaku sesuatu
yang menggugat keselamatan peserta atau mendatangkan masalah kepada peserta.
14. Hadiah cabutan bertuah akan dicabut selepas pemberian hadiah pemenang.
15. Hadiah cabutan bertuanh terbuka kepada semua peserta kecuali pemenang tempat pertama,
kedua dan ketiga.
16. Iakan yang dipertandingkan tidak dikembalikan kepada peserta.
17. makan dan minuman tidak disediakan.
18. Sebarang maklumat boleh hubungi Joe: 0124669, Sarin: 0175681454, Aidi: 0194253630,
Udin: 0195437607, Din: 0194716499, Bob: 0135813634, Wan : 0194003776

Monday, March 8, 2010

PERTANDINGAN MEMANCING

Parit Buntar - Jabatan Amal Kawasan Parit Buntar akan menganjurkan pertandingan memancing amal pada 28 Mac 2010 di Ban Pecah, Sungai Baru, Kuala Kurau.

Menurut Pengarah Program, Juhari Arbain, program ini merupakan program tahunan yang bakal menggamit pecinta memancing menyertai pertandingan ini. Ia akan dimulakan pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Yuran adalah berbentuk sumbangan adalah RM 35.00 untuk satu joran dan RM 20.00 untuk joran yang kedua.

Beliau juga berkata, pada tahun ini hadiah lebih lumayan menanti para pemenang iaitu johan akan menerima wang tunai RM 3,000.00, kedua RM 2,000.00 dan ketiga RM 1,000.00. Manakala tempat keempat hingga kelapan akan menerima wang tunai RM 100.00. Sebanyak 15 hamper juga disediakan untuk pemenang cabutan bertuah.

Pemancing yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh didapati di Astana Vision, Taman Pekaka Transkrian, Hilal Letrik Pusat Bandar Parit Buntar, Herbassyifa Pusat Bandar Bagan Serai, Kedai Makan Razak Tanjung Piandang, Pejabat DUN Kuala Kurau dan Pejabat Parlimen Parit Buntar. Borang juga boleh dimuat turun dari blog amalparitbuntar.blogspot.com.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau ditalian 012-4669772 atau 017-5681454 (Sharin)